<body>
<body>
Y Monday, September 18, 2006Y
2:35 PM
Dimanakah hilang cahaya kasih
Pergi bersama kemesraan
Dan keriangan
Di dalam perhubungan
Kau dan aku kini

Aku lelah mencari segala kesimpulan
Aku lelah memberi peluang
Hanya untuk kau yang tidak pernah
Menginginkan perubahan diri

Tidak aku mengatakan bahawa
Diri ini sempurna
Tidak juga aku mengatakan
Kau yang tidak baik

Cuma aku inginkan perubahan
Dalam setiap tingkah lakumu

Jika ini berterusan
Dalam terpaksaan aku mengatakan
Perhubungan ini tidak
Akan membuahkan kebahagian

Jika memang sudah tiada jodoh
Di antara kau dan aku
Aku hanya mampu berdoa

Semoga kau dan aku dipertemukan
Dengan jodoh yang lebih baik
Pada masa depan kelak