<body>
<body>
Y Wednesday, July 05, 2006Y
3:01 AM
.:][:. Kehadiranya tanpa aku menduga
Kehadirannya sebagai seorang teman
Tidak pernah sekali bersua muka
Wajahnya aku lihat hanya sekali saja

Aku dan dia tidak pernah berhubung
Hanya di alam maya menjadi perutusan
Perkenalan baru kini menimbulkan sesuatu
Ada persamaan antara dia dan aku

Tiba-tiba hadir suatu perasaan dalam hati
Yang sukar untuk aku mentafsirkannya
Adakah mungkin aku sudah jatuh hati ?
Atau barangkali hanya sekadar hanyalan ?

Seandainya perasaan itu benar
Adakah aku berlaku adil pada yang teristimewa ?
Dia yang sudah lama bertakhta di hati
Dia yang senantiasa menyanyangi aku

Ya Allah
Leraikan lah kekusutan hatiku ini
Berilah aku kekuatan untuk terus setia
Agar tiada sesiapa yang akan terluka

Keputusan kini hanya pada diriku
Setelah bermunajat pada yang esa
Kini aku berani menyatakan
Perasaan itu sekadar kekeliruaan

Aku akan tetap dan terus setia
Kerana dialah yang aku sayangi
Tiada yang lain di hatiku
Itulah kebenarannya , kini dan selamanya .:][:.