<body>
<body>
Y Wednesday, July 05, 2006Y
3:02 AM
.:][:. Sungguh aku keliru
Dengan arus perasaanku ini
Germersik suaramu
Masih menggetarkan naluriku

Helai tawamu
Bersama tutur bicaramu
Senantiasa mengasyikkan
Dan mendamaikan

Wajarkah aku
Berperasaan begini terhadapmu
Yang nyata kau
Bukan milik diriku lagi

Namun aku
Tidak akan pernah tewas
Akan ku cuba
Melenyapkan perasaanku ini

Walaupun pahit
Biarpun amat melukakan hatiku

Agar tiada airmata
Yang akan menitis-nitis lagi

Hanya kerana harapanku
Yang ingin memilikimu kembali

Sesungguhnya YA-RAHIM bersamaku .:][:.